testimoni 1 - che bibi omar

sinar niaga

Saya dapat tahu tentang dropship sekitar 2006, semasa kursus perniagaan internet. Masa tu agak berminat dan cuba cari tapi belum rezeki agaknya, lagipun jumpa yang luar negara, sukar rasanya. Pada Julai 2010, semasa cuti berpantang anak ke-5, saya nekad hasilkan blog dan wujudkan akaun Facebook untuk mulakan bisnes internet.

Bermula dengan menjual tudung, tapi entah macam mana satu hari saya terbaca status kawan yang komen di wall FB TS, saya terus add dan explore web sinar dan photo2 di FB. Mengetahui SI dimiliki anak Melayu yang berjiwa besar dan mempunyai misi membangunkan anak bangsa, saya terus buat pesanan 20 helai dan berniaga secara offline dan juga online. Melalui online, saya copy gambar tshirt muslimah dan upload ke FB dan blog...(Baca Selanjutnya)

testimoni 2 - nor hidayah bt mohamed khalid

sinar niaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Saya berumur 31 tahun adalah ibu kepada 2 org cahayamata dan merupakan surirumah sepenuh masa. Saya pernah menuntut di Universiti Tun Abdul Razak dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Saya juga melanjutkan pelajaran sambil bekerja dalam bidang Safety Security and Management di OUM ketika saya masih bekerja .

Saya memang minat berniaga dan bidang Teknologi Maklumat sejak remaja lagi. Sebelum saya berniaga online secara serius saya menjual 'Detox Foot Patch' secara offline, bermula dengan promosi secara lisan di kalangan saudara terdekat sehinggalah berkembang kepada jiran-jiran dan sahabat handai. Alhamdulillah dengan sedikit modal dan usaha saya berjaya menambah satu produk lagi iaitu tudung dan shawl. Sambutan agak hangat secara offline....(Baca Selanjutnya)

testimoni 3 - majidah bt abdul halim @ jie halim

sinar niaga

Bagi saya, perniagaan bukanlah satu bidang yg boleh diceburi sekiranya kita tidak mempunyai modal, kreatif, friendly, dan tidak takut utk tanggung risiko. Sehinggalah saya sertai Dropship Sinar Inspirasi (DSSI).... Tidak menjadi mustahil utk saya memulakan bisness walaupun saya tak mempunyai semua tu. Sekarang dengan hanya menjual tshirt, saya sudah boleh bergelar usahawan (walaupun secara part-time). Saya tidak perlu keluarkan modal, jualan dari rumah ke rumah, tidak perlu tanggung sedikit pun risiko kerana saya telah memulakan langkah dgn hanya menyertai DSSI. Semuanya hanya dgn online.

Promosi sekadar dlm FB, dlm masa 4 bulan saya sertai DSSI sudah hampir 20 helai Tshirt saya boleh jual. Ini saya hanya menjual sekadar online. Jika berusaha lebih, pasti saya akan dapat lebih dari tu. Tuan Sidry dan juga kawan-kawan dalam Group DSSI telah menjadikan saya seorg yg berkeyakinan dalam menceburi bidang perniagaan ni. Terima kasih Tuan Sidry kerana telah membuka peluang utk org macam saya bergelar usahawan