Apa sebenarnya dropshipping?

Dropshipping adalah sperti sebuah perniagaan anda sendiri yang berkonsepkan pesanan dan pengeposan dengan kelebihan utamanya ialah anda tidak tertumpu kepada perbelanjaan yang besar dalam menyediakan stok semata-mata untuk memperolehi diskaun harga keatas barang yang dibeli dan anda juga tidak memerlukan ruang untuk menyimpan stok.

Mari kita mengunakan contoh tentang cara kerja dropship untuk membantu anda lebih memehami prosedur. Kita akan menggunakan sehelai baju sebagai produk.

Anda menjual baju tersebut di dalam website anda atau di blog anda atau dimana-mana sahaja yang anda suka. Baju ini dijual dengan harga RM45.00 + RM7.00 kos pengeposan pembeli anda akan membayar kepada anda haga baju tersebut pada jumlah RM52.00.

Kemudian anda akan pergi ke website kami, Sinarniaga.com. Login ke akaun anda dan membeli baju yang sama dengan nilai RM35.00 + RM7.00 kos pengeposan kepada pembeli anda. And terus mencabut keuntungan dari perbezaan nilai harga beli dan jual baju tersebut. Dalam situasi ini perbezaan bagi menghasilkan keuntungan anda adalah RM10.00, ianya mudah sahaja.

Bagaimana dropship menghasilkan wang?

Kami membuat keuntungan dengan membeli dalam kuantiti yang banyak dan menjual kepada ahli- ahli yang tersedia dalam margin keuntungan yang kecil. Dalam erti kata lain kami menyediakan kelebihan kepada ahli-ahli yang berpengkalan dengan kami sekarang mampu membuat sesuatu keuntungan yang menarik. Kami membeli secara borong dan menyediakan sejumlah keuntungan kepada ahli.

Menggunakan senario diatas jika anda mampu menjual 100 x produk dalam tempoh seminggu dan membuat keuntungan RM10.00 dengan mudahnya anda bekerja menghasilkan potensi margin keuntungan ciptaan anda sendiri - tanpa melihat dan meyimpan satu pun produk. Inilah yang telah membuatkan dropshipping begitu sangat popular.

sinar niaga

Mengapa saya perlu menggunakan dropshipping?

Sesiapa sahaja yang ingin menghasilkan pertambahan pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah harus mempertimbangkan dropshipping. Dengan alasan yang sangat mudah untuk dilihat. Pertama, seperti yang dinyatakan diatas anda tidak perlu menyimpan stok - dengan bonus besar untuk setiap orang yang ingin membuat pendapatan tambahan dan memulakan perniagaan. Ini adalah perniagaan yang sangat mudah untuk dijalankan. Yang diperlukan hanya beberapa jam sehari untuk menjawab emel dan membuat pesanan anda di website kami. Itu sahaja.

Jika anda memulakan perniagaanselain dropshipping, sudah tentu anda perlu mencari sumber produk untuk dijual, mencari modak untuk menyediakan stok, mencari premis untuk menyimpan stok atau memenuhi stok itu dirumah anda sendiri. Dropshipping telah melewati semua itu dengan mencipta perniagaan untuk anda dengan begitu mudah dan sangat bijak. Bijak yang dimaksudkan disini adalah anda hanya melibatkan kes memproses tempahan sahaja - tanpa terlibat dengan simpanan, pembungkusan dan pengeposan. Anda hanya perlu menggunakan website kami untuk membuat tempahan.

Seberapa mudahnya dropshipping ini untuk dipraktikan?

Secara praktikalnya, tidak ada yang lebih mudah untuk digambarkan tentang dropshipping ini. Sebaik sahaja anda menerima tempahan dari pelanggan anda hanya perlu login ke website kami, membuat pesanan dan memberitahu kami alamat penghantaran untuk pelanggan anda. Kemudian kami akan mengepos item tersebut secara terus kepada pelanggan anda - tiada kerumitan dan tidaklah cerewet.

Apakah ada minimum order?

Sudah tentu tidak ada minimum order. Jika anda hanya menjual satu item kepada pelanggan anda, anda hanya perlu menempahnya untuk satu item dan kami akan menghantarkannya mengikut kehendak anda.

Apakah ada biayaan tambahan untuk pesanan yang akan dihantar?

Sekali anda telah menjadi ahli sinarniaga, bayaran yang anda bayar mengikut nilai barangan yang anda tempah dengan kos penghantaran kepada pelanggan sahaja. Kami tidak akan mengambil apa- apa komisen dari pembayaran tersebut. Keuntungan daripada jualan adalah 100% milik anda.anda hanya membayar pada harga yang kami nyatakan di website kami, berapa banyak keuntungan yang anda buat itu adalah milik anda, suka hati anda dan terpulang pada anda.

Apakah kaedah pembayaran yang anda terima?

Kami mengguna kaedah pembayaran berbentuk cash transfer, online transer, kami juga menyediakan paypal iaitu menggunakan kad kredit dan kad debit yang 100% terjamin keselamatannya.

Bagaimana jika pelanggan menerima barang yang rosak?

Dalam hal ini tak mungkin pelanggan menerima barang yang rosak kerana sebelum proses pengeposan kami akan melakukan pemeriksaan kedua yang dikelolakan oleh QC kami untuk memantau permasalahan sebegini. Tetapi jika masih juga berlaku seperti persoalan diatas, maka kembalikan item tersebut kepada kami dan kami akan menggantikan item yang rosak tersebut dengan yang baru. Hal ini jelas menjadi polisi dan kepentingan terbaik kami untuk melihat pelanggan gembira dan dalam masa yang sama berkemungkinan anda mendapat kepercayaan yang tinggi dari pelanggan sekaligus mampu meningkatkan jualan anda melalui pelanggan tersebut

Adakah saya perlu memiliki atau mendaftar perniagaan?

Anda tidak perlu memiliki atau mendaftar perniagaan untuk mula menggunakan sinarniaga. Kami menjual kepada individu tanpa memerlukan nama perniagaan.

sinar niaga

Adakah anda selalu mempunyai stok?

ASudah tentu kebiasaan yang berlaku stok perniagaan tidak mencukupi pada sesetengah peringkat. Tapi anda kena ingat kami masih mempunyai dan memiliki dari pelbagai jajaran produk lagi. Walaubagaimanapun kami telah membina satu sistem yang hebat yang mana membolehkan anda mengawal jualan anda pada setiap masa.

Kami telah melaksanakan dan menyediakan satu sistem yang mana anda boleh menyemak stok bagi mengetahui status semasa stok yang dinginkan. Dengan ini anda mempunyai masa yang cukup untuk mengawal situasi jualan anda kerana dalam masa yang sama kami juga menggunakan pemborong dan vendor yang menyediakan pelbagai jajaran produk dari mereka untuk anda promosikan. Dan kami juga akan terus berusaha sebaik mungkin bagi mengesan pesanan dari anda untuk pelanggan anda tidak kira lah samada pesanan itu melibatkan produk kami atau produk dari vendor-vendor kami.

Hal ini jarang berlaku bagi kami untuk kehabisan stok selagi mana ahli masih menggunakan kemudahan yang ada di website kami untuk menyemak stok. Melalui kemudahan ini juga, ahli kami akan dapat mengawal perniagaan mereka secara berterusan dan konsisten.

Sokongan apa yang saya akan dapat dari anda?

Apabila anda memutuskan untuk bekerjasama dengan sinarniaga dan mengunakan perkhidmatan kami sebagai cara untuk anda memperolehi dan mencipta pendapatan tambahan, anda akan mendapat akses terus melalui kumpulan sokongan pelanggan kami yang bekerja 6 hari seminggu untuk melayani setiap keperluan anda. Sentiasa akan ada staff sokongan kami yang sentiasa bersedia menjawab setiap persoalan daripada anda bagi memastikan sokongan terbaik kepada anda terhadap segala permasalahan yang anda ingin kami selesaikan.