Mengenai Sinar Niaga
Sinar Niaga merupakan satu projek kerjasama di antara Flarebiz Network Sdn. Bhd. dan Sinar
Inspirasi Niaga Sdn. Bhd. Sinar Niaga merupakan satu laman web yang menawarkan peluang menjana
pendapatan kepada orang ramai dengan menjual produk menggunakan konsep dropship.
Kami telah memudahkan ratusan ahli untuk menjual produk secara online ataupun offline kerana
mereka boleh menjual tanpa perlu menyimpan stok, memproses tempahan dan menghantar produk.
Sinar Niaga menawarkan kepad ahli ratusan produk yang mempunyai permintaan tinggi dengan harga
borong. Jumlah produk ini akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Sebahagian besar produk
adalah hasil produksi sendiri dengan adanya sebuah kilang pakaian di Bangkok, Thailand.
Selain itu, kami juga membuka peluang kepada pemilik produk untuk menjadi vendor di Sinar Niaga.
Dengan ini Sinar Niaga dapat mempelbagaikan lagi pilihan produk kepada para ahli untuk dipasarkan
kepada pelanggan mereka.
Pasukan Kami
Ahmad Sidry - CPO (Chief Product Officer)
Sidry merupakan salah seorang pengasas Sinar Inspirasi Niaga Sdn. Bhd. Beliau bertanggungjawab untuk
menentukan apakah produk yang akan ditawarkan oleh Sinar Niaga. Setiap produk yang ditawarkan oleh
Sinar Niaga mempunyai permintaan yang tinggi dan kualiti produk yang terbaik.
Azhar Abdullah - CEO (Chief Executive Officer)
Azhar merupakan salah seorang pengasas Sinar Inspirasi Niaga Sdn. Bhd. Beliau bertanggungjawab
di atas produksi produk Sinar Niaga dan juga memastikan agar stok produk yang ditawarkan sentiasa
mencukupi. Beliau juga menguruskan kedai dan pekerja Sinar Niaga.
Adly Mukhtar - CMO (Chief Marketing Officer)
Adly merupakan salah seorang pengasas Flarebiz Network Sdn. Bhd. Beliau bertanggungjawab untuk
pemasaran Sinar Niaga secara online mahupun offline. Beliau juga merupakan wakil Sinar Niaga untuk
member ceramah mengenai dropship di seluruh Malaysia.
Mohd Zhafran - CWO (Chief Web Officer)
Zhafran merupakan salah seorang pengasas Flarebiz Network Sdn. Bhd. Beliau merupakan individu yang
bertanggungjawab sepenuhnya di atas laman web dan sistem Sinar Niaga. Beliau akan memastikan agar
sistem berjalan lancar untuk proses jual beli oleh ahli Sinar Niaga.
Noor Hysham - Head of Support
Hysham merupakan individu yang menjadi rujukkan para ahli dan juga vendor untuk sebarang
pertanyaan berkaitan Sinar Niaga. Berbekalkan dengan pengalaman sebagai seorang usahawan beliau
dapat membantu dan memberi respon kepada ahli dengan baik.