kenapa saya memilih sinar niaga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Saya berumur 31 tahun adalah ibu kepada 2 org cahayamata dan merupakan surirumah sepenuh masa. Saya pernah menuntut di Universiti Tun Abdul Razak dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Saya juga melanjutkan pelajaran sambil bekerja dalam bidang Safety Security and Management di OUM ketika saya masih bekerja .

Saya memang minat berniaga dan bidang Teknologi Maklumat sejak remaja lagi. Sebelum saya berniaga online secara serius saya menjual 'Detox Foot Patch' secara offline, bermula dengan promosi secara lisan di kalangan saudara terdekat sehinggalah berkembang kepada jiran-jiran dan sahabat handai. Alhamdulillah dengan sedikit modal dan usaha saya berjaya menambah satu produk lagi iaitu tudung dan shawl. Sambutan agak hangat secara offline.

Setelah agak lama berniaga secara offline saya mula mengiklankan barang jualan saya secara online pula. Sama seperti offline saya juga perlu mengeluarkan modal untuk membeli stok. Berbanding secara offline, promosi lebih meluas secara online. Permintaan agak menggalakkan. Setiap hari saya atau suami akan ke pejabat pos utk proses pengeposan. Setiap bulan saya akan menambah stok produk jualan saya.

Entah bagaimana ketika saya mencari-cari pemborong pakaian muslimah untuk produk jualan saya yang berikutnya saya terbaca tentang kaedah DROPSHIP. Dalam masa yang sama saya juga tertarik dengan rekaan pakaian muslimah SINAR INSPIRASI. Rekaannya yang elegan dan kontemporari sesuai untuk kegunaan santai dan formal. Saya terus menghubungi pihak Sinar Inspirasi untuk menjadi ejen dropship iaitu ejen tanpa modal memandangkan saya hanya surirumah sahaja. Malangnya ketika itu pihak Sinar Inspirasi masih belum memperkenalkan program seumpama itu tetapi memberikan harapan kepada saya bahawa mereka akan melaksanakan program berniaga tanpa modal secara DROPSHIP.

Tidak lama kemudian saya menerima e-mel dari Tuan Sidry menyatakan bahawa Program Dropship Sinar Inspirasi akan di buka tidak lama lagi. Saya tidak menyangka bahawa saya akan menerima emel jemputan dari Tuan Sidry yang merupakan Usahawan berjaya dan terkenal. Sejak emel jemputan saya sentiasa alert dengan setiap hebahan dari pihak Sinar Inspirasi, bimbang saya ketinggalan. Penantian saya tidak lama kerana di jemput untuk menyertai program dropship sinar inspirasi secara rasminya.

Program Dropship Sinar Inspirasi adalah medium permulaan kepada peniaga2 yang tidak mempunyai modal dan produk untuk berniaga. Dengan dropship Sinar Inspirasi saya berniaga tanpa modal, tanpa stok, tanpa kelam kabut membungkus dan menghantar produk kepada pelanggan. Semuanya saya lakukan di hujung jari sahaja secara online tanpa perlu meninggalkan rumah. Bukan sahaja saya mendapat keuntungan berganda malah saya juga di bimbing supaya lebih positif dan bersaing secara sihat dengan rakan ejen lain. Pembetulan! bukan bersaing..tetapi bekerjasama antara satu sama lain..

Belum pernah saya di hidangkan dengan program seumpama ini !! Sudahlah di beri peluang berniaga tanpa modal malahan di sediakan juga platfom untuk saya menjalan kan perniagaan secara realtime online di mana tempahan di lakukan secara terus dalam talian tanpa perlu menunggu pengesahan. Alhamdulillah, dengan bimbingan, produk dan platform yg di sediakan oleh pihak Sinar Inspirasi saya kini mampu menjana pendapatan sendiri tanpa meninggalkan rumah, dengan keseronokan bersama anak-anak dan suami. Terima kasih kepada Sinar Inspirasi kerana membuka peluang ini kepada saya dan rakan2 ejen yang lain.

SINAR INSPIRASI, Sinarmu adalah inspirasiku,

sinar niaga

NOR HIDAYAH BT MOHAMED KHALID
KUANTAN, PAHANG