FAQ Sinar Niaga
Apa sebenarnya dropshipping?
Dropshipping adalah sperti sebuah perniagaan anda sendiri yang berkonsepkan pesanan dan
pengeposan dengan kelebihan utamanya ialah anda tidak tertumpu kepada perbelanjaan yang besar
dalam menyediakan stok semata-mata untuk memperolehi diskaun harga keatas barang yang dibeli
dan anda juga tidak memerlukan ruang untuk menyimpan stok.
Mari kita mengunakan contoh tentang cara kerja dropship untuk membantu anda lebih memehami
prosedur. Kita akan menggunakan sehelai baju sebagai produk.
Anda menjual baju tersebut di dalam website anda atau di blog anda atau dimana-mana sahaja yang
anda suka. Baju ini dijual dengan harga RM45.00 + RM7.00 kos pengeposan pembeli anda akan
membayar kepada anda haga baju tersebut pada jumlah RM52.00.
Kemudian anda akan pergi ke website kami, Sinarniaga.com. Login ke akaun anda dan membeli
baju yang sama dengan nilai RM35.00 + RM7.00 kos pengeposan kepada pembeli anda. And
terus mencabut keuntungan dari perbezaan nilai harga beli dan jual baju tersebut. Dalam situasi ini
perbezaan bagi menghasilkan keuntungan anda adalah RM10.00, ianya mudah sahaja.
Bagaimana dropship menghasilkan wang?
Kami membuat keuntungan dengan membeli dalam kuantiti yang banyak dan menjual kepada ahli-
ahli yang tersedia dalam margin keuntungan yang kecil. Dalam erti kata lain kami menyediakan
kelebihan kepada ahli-ahli yang berpengkalan dengan kami sekarang mampu membuat sesuatu
keuntungan yang menarik. Kami membeli secara borong dan menyediakan sejumlah
keuntungan kepada ahli.
Menggunakan senario diatas jika anda mampu menjual 100 x produk dalam tempoh seminggu
dan membuat keuntungan RM10.00 dengan mudahnya anda bekerja menghasilkan potensi margin
keuntungan ciptaan anda sendiri - tanpa melihat dan meyimpan satu pun produk. Inilah yang telah
membuatkan dropshipping begitu sangat popular.
Mengapa saya perlu menggunakan dropshipping?
Sesiapa sahaja yang ingin menghasilkan pertambahan pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah
harus mempertimbangkan dropshipping. Dengan alasan yang sangat mudah untuk dilihat. Pertama,
seperti yang dinyatakan diatas anda tidak perlu menyimpan stok - dengan bonus besar untuk setiap
orang yang ingin membuat pendapatan tambahan dan memulakan perniagaan. Ini adalah perniagaan
yang sangat mudah untuk dijalankan. Yang diperlukan hanya beberapa jam sehari untuk menjawab
emel dan membuat pesanan anda di website kami. Itu sahaja.
Jika anda memulakan perniagaanselain dropshipping, sudah tentu anda perlu mencari sumber
produk untuk dijual, mencari modak untuk menyediakan stok, mencari premis untuk menyimpan
stok atau memenuhi stok itu dirumah anda sendiri. Dropshipping telah melewati semua itu dengan
mencipta perniagaan untuk anda dengan begitu mudah dan sangat bijak. Bijak yang dimaksudkan
disini adalah anda hanya melibatkan kes memproses tempahan sahaja - tanpa terlibat dengan
simpanan, pembungkusan dan pengeposan. Anda hanya perlu menggunakan website kami untuk membuat tempahan.
Seberapa mudahnya dropshipping ini untuk dipraktikan?
Secara praktikalnya, tidak ada yang lebih mudah untuk digambarkan tentang dropshipping ini.
Sebaik sahaja anda menerima tempahan dari pelanggan anda hanya perlu login ke website kami,
membuat pesanan dan memberitahu kami alamat penghantaran untuk pelanggan anda. Kemudian
kami akan mengepos item tersebut secara terus kepada pelanggan anda - tiada kerumitan dan
tidaklah cerewet.
Apakah ada minimum order?
Sudah tentu tidak ada minimum order. Jika anda hanya menjual satu item kepada pelanggan anda,
anda hanya perlu menempahnya untuk satu item dan kami akan menghantarkannya mengikut
kehendak anda.
Apakah ada biayaan tambahan untuk pesanan yang akan dihantar?
Sekali anda telah menjadi ahli sinarniaga, bayaran yang anda bayar mengikut nilai barangan yang
anda tempah dengan kos penghantaran kepada pelanggan sahaja. Kami tidak akan mengambil apa-
apa komisen dari pembayaran tersebut. Keuntungan daripada jualan adalah 100% milik anda.anda
hanya membayar pada harga yang kami nyatakan di website kami, berapa banyak keuntungan yang
anda buat itu adalah milik anda, suka hati anda dan terpulang pada anda.
Apakah kaedah pembayaran yang anda terima?
Kami mengguna kaedah pembayaran berbentuk cash transfer, online transer, kami juga
menyediakan paypal iaitu menggunakan kad kredit dan kad debit yang 100% terjamin
keselamatannya.
Bagaimana jika pelanggan menerima barang yang rosak?
Dalam hal ini tak mungkin pelanggan menerima barang yang rosak kerana sebelum proses
pengeposan kami akan melakukan pemeriksaan kedua yang dikelolakan oleh QC kami untuk
memantau permasalahan sebegini. Tetapi jika masih juga berlaku seperti persoalan diatas, maka
kembalikan item tersebut kepada kami dan kami akan menggantikan item yang rosak tersebut
dengan yang baru. Hal ini jelas menjadi polisi dan kepentingan terbaik kami untuk melihat
pelanggan gembira dan dalam masa yang sama berkemungkinan anda mendapat kepercayaan yang
tinggi dari pelanggan sekaligus mampu meningkatkan jualan anda melalui pelanggan tersebut
Adakah saya perlu memiliki atau mendaftar perniagaan?
Anda tidak perlu memiliki atau mendaftar perniagaan untuk mula menggunakan sinarniaga. Kami
menjual kepada individu tanpa memerlukan nama perniagaan.
Adakah anda selalu mempunyai stok?
ASudah tentu kebiasaan yang berlaku stok perniagaan tidak mencukupi pada sesetengah peringkat.
Tapi anda kena ingat kami masih mempunyai dan memiliki dari pelbagai jajaran produk lagi.
Walaubagaimanapun kami telah membina satu sistem yang hebat yang mana membolehkan anda
mengawal jualan anda pada setiap masa.
Kami telah melaksanakan dan menyediakan satu sistem yang mana anda boleh menyemak stok
bagi mengetahui status semasa stok yang dinginkan. Dengan ini anda mempunyai masa yang
cukup untuk mengawal situasi jualan anda kerana dalam masa yang sama kami juga menggunakan
pemborong dan vendor yang menyediakan pelbagai jajaran produk dari mereka untuk anda
promosikan. Dan kami juga akan terus berusaha sebaik mungkin bagi mengesan pesanan dari anda
untuk pelanggan anda tidak kira lah samada pesanan itu melibatkan produk kami atau produk dari
vendor-vendor kami.
Hal ini jarang berlaku bagi kami untuk kehabisan stok selagi mana ahli masih menggunakan
kemudahan yang ada di website kami untuk menyemak stok. Melalui kemudahan ini juga, ahli kami
akan dapat mengawal perniagaan mereka secara berterusan dan konsisten.
Sokongan apa yang saya akan dapat dari anda?
Apabila anda memutuskan untuk bekerjasama dengan sinarniaga dan mengunakan perkhidmatan
kami sebagai cara untuk anda memperolehi dan mencipta pendapatan tambahan, anda akan
mendapat akses terus melalui kumpulan sokongan pelanggan kami yang bekerja 6 hari seminggu
untuk melayani setiap keperluan anda. Sentiasa akan ada staff sokongan kami yang sentiasa
bersedia menjawab setiap persoalan daripada anda bagi memastikan sokongan terbaik kepada anda
terhadap segala permasalahan yang anda ingin kami selesaikan.